RIO DE JANEIRO 2 Nov. -Presiden Brazil, Jair Bolsonaro melantik Hakim Sergio Moro yang memenjarakan musuh politiknya sebagai menteri.

Jair Bolsonaro bercakap pada sidang akhbar di Rio de Janeiro, Brazil. – REUTERS
Moro memenjarakan bekas Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dan sekali gus menghalang dia daripada bertanding menentang Bolsonaro.
Hakim berusia 46 tahun itu menafikan ia adalah tindakan politik, telah bertemu Bolsonaro di kediaman peribadinya di pantai Rio de Janeiro, semalam sebelum pengumuman dibuat.
“Agenda antirasuah dan antijenayah terancang, serta menghormati undang-undang serta perlembagaan, akan menjadi panduan kami,” kata Bolsonaro dalam hantaran Twitter peribadinya. – REUTERS










