Poster ‘Raja Jokowi’ diturunkan - Utusan Malaysia

Poster ‘Raja Jokowi’ diturunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 13 Nov. – Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) Jawa Tengah menurunkan sejumlah pos­ter kempen yang menunjukkan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi me­ngenakan mahkota dan parti itu mengesyaki ada pihak se­ngaja ingin menjatuhkan imej ­beliau.

Portal berita Merdeka.com melaporkan, poster yang mempunyai slogan ‘Mari berkhid­mat untuk rakyat’, wajah Jokowi, logo PDIP, nombor siri pilihan raya dan nama calon itu turut diedarkan di Jakarta.

Apa yang membezakan antara poster kempen Jokowi di Jawa Tengah dan Jakarta adalah Presiden itu tidak digambarkan dalam gaya Raja Jawa memakai mahkota, sebaliknya bekas Datuk Bandar Solo itu mengenakan busana tradisional masyarakat ­Betawi.

Kebanyakan poster tersebut ditampal pada tiang lampu dan pokok selain ditemukan di Kampung Pisangan Baru, daerah Matraman di timur Jakarta.

Kesemua poster berkenaan dilaporkan mula dipasang semalam namun orang ramai tidak dapat memastikan pihak yang meletakkannya.

Seorang daripada ahli PDIP, Eva Kusuma Sundari memaklumkan dia tidak mengetahui mengenai poster tersebut, namun tidak menolak kemungkinan ada pihak sengaja ingin menjatuhkan imej Jokowi.

Jelasnya, kesemua poster tersebut diturunkan kerana menyalahi undang-undang dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan iaitu tidak boleh diletakkan pada pokok.

“Perbuatan itu dilihat se­ngaja ingin rosakkan imej Jokowi dan PDIP kerana ke­semua calon yang bertan­ding mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Selain itu, Pengerusi PDIP di Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Jateng, Bambang Wuryanto­ menyatakan bahawa pengedaran poster Jokowi itu tidak melibatkan parti-parti pakatan dan terus menyiasat siapa yang bertanggungjawab dalam hal berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN