Polis serbu kilang proses arak tiruan - Utusan Malaysia

Polis serbu kilang proses arak tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu sindiket yang memproses arak tiruan berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam serbuan yang dilakukan di sebuah kilang di Taman Anugerah, Rawang di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Serbuan tersebut dilakukan kira-kira pukul lima petang oleh sepasukan polis yang bertindak atas maklumat yang diperoleh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, dalams erbuan tersebut pihaknya telah menahan beberapa orang termasuk warga tempatan juga barangan yang digunakan untuk memproses arak tiruan itu.

“Dalam serbuan itu, kita menahan seramai 12 orang termasuk tiga lelaki tempatan.

“Hasil daripada serbuan tersebut kita juga telah merampas pelbagai barangan yang digunakan untuk pemprosesan tersebut seperti peralatan memproses penutup botol arak, label pelbagai minuman keras juga label Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Lim, kesemua mereka yang ditahan akan direman pada hari esok di Mahkamah Kuala Kubu Bharu dan hasil rampasan pula diambil untuk siasatan lanjut dilakukan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN