Polis nafi tendang orang awam - Utusan Malaysia

Polis nafi tendang orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Polis menafikan dakwaan anggota pasukan itu bertindak kasar ke atas orang awam yang melakukan kesalahan meletak kenderaan di hadapan sebuah bank di pekan Bahau dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superin­tendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, beliau telah menonton rakaman video mengenai insiden itu yang tular di media sosial dan siasatan lanjut mendapati pemilik kenderaan terbabit berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian pukul 5 petang.

Menurutnya, anggota polis terlibat langsung tidak me­ngasari seorang lelaki yang didakwa menjadi mangsa keganasan polis, sebaliknya cuba menasihatinya supaya tidak memandu ketika sedang mabuk.

“Lelaki itu mabuk dan enggan bekerja­sama apabila diminta mengalihkan kereta­nya kerana menghalang laluan kenderaan lain yang agak sesak pada masa itu menjelang pe­rayaan. Setelah dipujuk beberapa kali, lelaki terbabit akhirnya bersetuju mengikut anggota kami ke balai polis.

“Kami cuma menjalankan tugas kerana kawasan di hadapan Maybank Bahau merupakan zon penguatkuasaan tegas (la­rangan meletak kenderaan),” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN