Polis Klang Selatan perketat kawalan di Jalan Tengku Kelana - Utusan Malaysia

Polis Klang Selatan perketat kawalan di Jalan Tengku Kelana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 2 Nov. – Polis akan memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan di Jalan Tengku Kelana, di sini sepanjang musim perayaan Deepavali yang bakal disambut pada Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pengawasan keselamatan di kawasan tersebut dan beberapa lokasi tumpuan adalah bagi memastikan masyarakat dapat membeli-belah dalam keadaan selesa.

Menurut Shamsul Amar, pihaknya akan menempatkan pasukan pejalan kaki di semua lorong selain memastikan Unit Rondaan Motosikal (URB) bertugas dalam mengawal persekitaran kawasan tersebut.

SHAMSUL Amar (kiri) beramah mesra bersama salah seorang peniaga
SHAMSUL Amar (kiri) beramah mesra bersama salah seorang peniaga di Little India, Jalan Tengku Kelana, Klang Polis Klang Selatan perketat kawalan di Jalan Tengku Kelana dalam  program Walkabout di Jalan Tengku Kelana sempena perayaan Deepavali hari ini. – UTUSAN ONLINE

“Pada masa sama, sepanjang empat hari ini bermula esok kita akan bas bergerak di Jalan Tengku Kelana bagi memudahkan masyarakat menyalurkan maklumat selain menempatkan anggota polis berpakaian preman.

“Semua ini adalah usaha supaya masyarakat lebih dekat dengan polis sekaligus meningkatkan keyakinan mereka terutama dalam aspek pencegahan jenayah terutama ketika musim perayaan,” katanya dalam program Walkabout di Jalan Tengku Kelana sempena perayaan Deepavali di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN