Polis kesan lelaki disyaki tikam isteri - Utusan Malaysia

Polis kesan lelaki disyaki tikam isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai menikam isterinya di sebuah pasar raya di Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari berkata kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu melibatkan mangsa yang berumur 21 tahun yang dalam proses perceraian dengan suaminya itu.

“Mangsa ditikam di bahagian leher, bahu serta dada menggunakan pisau pemotong sayur. 
Mangsa dirawat di unit kecemasan zon merah, Hospital Sultan Ismail di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Norazam berkata, sehubungan kejadian itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil membantu siasatan ke balai polis berdekatan atau menghubungi hotline polis kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui hotline polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×