KUALA LUMPUR – Tujuh pegawai dan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur digantung kerja selepas didakwa terlibat dalam kes kehilangan wang milik seorang pelabur berjumlah RM7.9 juta pada 8 September lalu. Wang itu didakwa hilang selepas unit kondominium pelabur itu di Jalan U-Thant di sini digeledah sepasukan polis Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan gantung kerja sudah diambil…










