SHAH ALAM – Polis sedang mengesan ibu kandung dan bapa tiri seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia di Hospital Ampang kelmarin dipercayai akibat didera. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ibu kandung mangsa, Noraini Samian, 20, dan bapa tirinya, Khairul Ezaini Khairuddin, 31, atau lebih dikenali sebagai Boy Tiger diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. “Kedua-dua mereka telah menghilangkan…










