MENJADI kebiasaan kepada pemuda yang dikenali sebagai Akmal menaiki bas di Hentian Duta, Kuala Lumpur jika ingin pulang ke kampungnya di Kedah. Kebiasaan, dia dihantar oleh sepupunya yang tinggal serumah dengannya. Bagaimanapun, pada suatu hari, dia terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi ke hentian tersebut disebabkan sepupunya itu mempunyai hal lain. Akmal kemudiannya menempah teksi melalui satu aplikasi pada telefon pintarnya. “Saya jarang menaiki teksi, tetapi pada hari itu saya terpaksa menggunakannya.…










