MALAYSIA adalah antara 56 buah negara yang masih mengekalkan hukuman mati dalam sistem perundangan, manakala 106 buah negara lain tidak memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan yang dilakukan oleh warganegaranya. Terbaharu, pihak kerajaan dan beberapa ahli politik telah mencadangkan agar hukuman mati yang masih wujud dalam sistem undang-undang negara kita dimansuhkan. Cadangan ini ada benarnya jika dilihat kepada ruang untuk hidup yang wajar diberikan kepada manusia, sama ada mereka adalah seorang…










