MANCHESTER 10 Nov. – Sehari menjelang pertemuan menentang musuh berjiran, Manchester City, Manchester United berdepan kebimbangan apabila bintang tengahnya, Paul Pogba mengalami kecederaan tangan. Perancang utama Perancis itu terpaksa disisihkan daripada latihan di atas padang hari ini, sebaliknya hanya melakukan senaman ringan di dalam gimnasium. Perkembangan terbaru itu membimbangkan pengendali Red Devils, Jose Mourinho yang belum pasti dapat menurunkan bintang penyerangnya, Romelu Lukaku yang masih berdepan isu kecergasan. “Lukaku berlatih…










