KUALA LUMPUR 30 Nov. – Ketika banyak pihak mempertikaikan prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, namun Tun Dr. Mahathir Mohamad pula melihat sebaliknya. Malah, Perdana Menteri menyifatkan kedua-dua pemimpin itu telah melakukan yang terbaik sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai menteri sehingga kini. “Tiada ‘kuliah’ (diberikan), hanya bercakap sahaja, mereka telah melakukan yang terbaik,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri…