LONDON 15 Nov. – Perdana Menteri Britain, Theresa May bergelut mempertahankan karier politik beliau hari ini ketika menteri dan anggota dalam parti pemimpin itu merancang untuk menggulingkannya berhubung draf perjanjian Brexit yang dicapai dengan Brussels minggu ini. May cuba mempertahankan draf perjanjian Brexit itu sebelum berlaku penentangan di Parlimen apabila dua menteri Kabinet termasuk Setiausaha Brexit, Dominic Raab dan dua timbalan menteri meletak jawatan. Perdana Menteri menegaskan, cadangan perjanjian keluar daripada EU beliau merupakan perjanjian terbaik yang mampu dimeterai Britain sebelum negara ini keluar daripada Kesatuan Eropah pada 29 Mac…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya