PIZA sambal hitam menjadi menu paling terkenal dan harus dimasukkan dalam senarai mesti cuba pengunjung apabila bertandang ke daerah Jerantut, Pahang. Doh piza yang dihasilkan sendiri bersama inti sambal tradisional masyarakat Pahang itu dibakar bersama keju di dalam relau kayu api sehingga membangkitkan aroma menyelerakan. Selain sambal hitam, restoran Piza Anak Dol turut menyediakan sembilan menu lain yang tidak kurang menggoda selera seperti Ayam Aloha, Thousand Island, Chezzy Lover dan…










