Pinda undang-undang larang pinjaman pendidikan jadi bahan politik - Utusan Malaysia

Pinda undang-undang larang pinjaman pendidikan jadi bahan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Kerajaan disaran meminda peruntukan undang-undang bagi memastikan isu pinjaman pendidikan terutama membabitkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak lagi menjadi permainan politik atau modal mana-mana parti politik pada masa akan datang.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, pindaan boleh dilakukan membabitkan peruntukan sedia ada termasuk Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) yang akan melarang mana-mana pihak menggunakan isu tersebut sebagai modal untuk meraih undi.

“Satu langkah lebih drastik atau ekstrem perlu dipertimbangkan oleh kerajaan supaya isu berkaitan pinjaman pendidikan tidak terus menjadi permainan politik pada masa akan datang dalam negara kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“(Jika) pindaan dilakukan ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) , mana-mana ahli politik atau parti politik tidak lagi boleh menjadikan isu pinjaman pendidikan ini sebagai bahan kempen politik setiap kali tibanya musim pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan mengenai pinjaman PTPTN oleh pemimpin pelbagai parti politik sehingga mengelirukan para peminjam berhubung pembayaran semula pinjaman itu baru-baru ini.

Muzaffar berkata, isu pinjaman pendidikan negara tidak sepatutnya dipolitikan kerana ia melibatkan masa depan diri peminjam dan bakal-bakal peminjam untuk melanjutkan pelajaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN