Piala AFF: Tajamkan penyudah jika mahu menang ke atas Laos - Utusan Malaysia

Piala AFF: Tajamkan penyudah jika mahu menang ke atas Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mengekalkan rentak cemerlang ketika menentang Kemboja pada aksi kedua Kumpulan A Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 berdepan Laos esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata, untuk meraih tiga mata penuh, barisan pemainnya perlu mengekalkan keyakinan dan konsistensi selain bermain dengan tahap tempo yang sama ketika menewaskan Kemboja 1-0 pada aksi pembukaan Khamis lepas.

Bagaimanapun, Cheng Hoe mengharapkan satu corak permainan lebih menarik ditonjolkan jentera serangannya dalam mencipta peluang.

“Pemain yang diturunkan semasa lawan Kemboja memberi satu prestasi terbaik walaupun kita tahu di bahagian serangan kita banyak sia-siakan peluang. Kita perlu lebih tajam dan sempurnakan peluang yang terhidang pada perlawanan esok.

“Laos dari segi taktikal bertahan sangat baik dan berdisiplin tinggi jadi saya harap pemain tidak terlalu kelam kabut nak buat serangan kerana serangan balas mereka (Laos) boleh menghukum kita,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Sementara itu, penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat mengingatkan rakan sepasukannya supaya tidak memandang rendah kemampuan Laos yang tewas 0-3 kepada Vietnam pada aksi sulung.

Tan Cheng Hoe bersalam dengan rakan sejawatnya di Laos. V Sundram Moorthy (dua kanan) sambil diperhaTan Cheng Hoe bersalam dengan rakan sejawatnya di Laos. V Sundram Moorthy (dua kanan) sambil diperhatikan ketua pasukan kebangsaan, Khairul Fahmy Che Mat (kiri) dan ketua pasukan Laos, Soukoprone Vomychiemykham (kanan) pada sidang akhbar saingan Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, disini, hari ini. – Foto HAFIZ JOHARI

 

“Kita turun ke Stadium Nasional esok untuk tiga mata penuh. Kita tidak boleh terlampau yakin kerana mereka (Laos) mungkin boleh buat sesuatu untuk kecewakan kita. Jadi kita kena betul-betul fokus dan jangan memandang rendah mereka,” katanya.

Tiga mata ke atas Laos esok memastikan skuad negara membawa bekalan selesa enam mata ke Hanoi untuk aksi ketiga berdepan Vietnam pada Jumaat sebelum menutup saingan kumpulan dengan melayani kunjungan Myanmar (24 November). – Bernama

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berbincang dengan Cheng Hoe semasa meninjau sesi latihan pemaPresiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berbincang dengan Cheng Hoe semasa meninjau  sesi latihan pemain negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, disini, hari ini. – Foto HAFIZ JOHARI
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN