MELAKA 11 Nov. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak mempedulikan nasib rakyat di negara ini apabila mengumumkan untuk tidak lagi meneruskan budaya memberi insentif kepada nelayan, penoreh getah dan peneroka sawit serta masyarakat luar bandar lain. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, secara keseluruhannya masyarakat di luar bandar tidak lagi menjadi tumpuan kerajaan menerusi Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 November lalu sehingga menyebabkan rakyat kecewa.…










