PH pinggirkan penduduk luar bandar - Utusan Malaysia

PH pinggirkan penduduk luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bajet pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini didakwa meminggirkan kumpulan penduduk luar bandar dan golongan keluarga isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Belanjawan 2019 itu sepatutnya meliputi seluruh rakyat di negara ini dan bukan tertumpu penduduk di Kuala Lumpur sahaja.

“Jangan dihukum pengundi di luar Kuala Lumpur. Saya faham, kebanyakan pengundi PH tinggal di Kuala Lumpur tetapi ini Belanjawan 2019 untuk Malaysia, bukan untuk Kuala Lumpur,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN