PH janji tak langgar perlembagaan - Utusan Malaysia

PH janji tak langgar perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan melanggar mana-mana per­kara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung isu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan pelaksanaan ratifikasi ICERD dan tidak perlu terburu-buru kerana perkara itu perlu dinilai sedalam-dalamnya.

Katanya, ia bagi mengelakkan ratifakasi ICERD melanggar Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam dan mana-mana hak termaktub dalam Perlembagaan.

“Malaysia mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya serta mengamalkan cara kehidupan yang berbeza dengan negara-negara lain.

Apa yang penting kita perlu menjaga kesejahteraan dan keamanan serta hubungan baik antara kaum yang ada di negara kita,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Pagoh di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN