SEREMBAN – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sedang mengemas kini sempadan negeri dan perbandaran di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Ir Mohd Noor Isa berkata, proses tersebut berlangsung pada pelbagai peringkat termasuk rundingan yang melibatkan kerajaan negeri berkenaan. Setakat ini, sempadan Pahang-Negeri Sembilan sudah siap diukur dan dimuktamadkan manakala bagi Negeri Sembilan-Melaka serta Negeri Sembilan-Selangor pula kerja pemetaan siap namun belum dimuktamadkan, katanya. “Negeri-negeri lain masih dalam proses kerana proses pemetaan sempadan ini melibatkan kerajaan negeri dan perlukan persetujuan negeri-negeri yang bersempadan,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya