Pesawah digalak tanam padi wangi, pulut - Utusan Malaysia

Pesawah digalak tanam padi wangi, pulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah bercadang untuk meluaskan lagi kawasan penanaman padi yang menghasilkan beras wangi sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan pesawah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin berkata, penanaman padi wangi pada ketika ini hanya dilakukan di daerah Padang Terap.

“Kita akan menggalakkan lagi pesawah padi yang berminat untuk menghasilkan beras wangi ini di
luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebagai aktiviti tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abd. Nasir Idris (Pas-Bayu) berhubung langkah kerajaan negeri untuk membantu pesawah meningkatkan pendapatan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Kata Azman, pesawah yang menanam padi jenis itu memperoleh pendapatan lebih tinggi kerana mereka memproses dan menjualnya sendiri.

“Harga jualan bagi beras wangi ini adalah kira-kira RM5 sekilogram,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN