WISCONSIN, Amerika Syarikat – Seorang veteran tentera yang telah diisytiharkan meninggal dunia, mengejutkan keluarga sendiri dan doktor apabila dia tiba-tiba bangun semula pada keesokan harinya. Sarjan Kelas Pertama, Jim Bittner dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung sebelum otak Brittner disahkan mati sekali gus menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Pesara tentera itu dijadualkan menjalani satu pembedahan khas untuk membersihkan plak di dalam arteri dan paru-parunya, bagaimanapun, pembedahan itu gagal dilakukan selepas badan Bittner menunjukkan beberapa simptom komplikasi. “Saya mengalami keadaan nafas pendek dan mula batuk berdarah,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya