Pesara tentera hantuk kepala anak OKU didenda RM10,000 - Utusan Malaysia

Pesara tentera hantuk kepala anak OKU didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Tindakan seorang pesara tentera menghantuk kepala dan muka anak kandungnya yang juga seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) pada tembok pagar rumah berbalas apabila dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim, Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Sofri Mohd. Rejab, 48, yang membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menganiaya dari segi fizikal terhadap anak lelakinya berusia 11 tahun 2 bulan dengan cara menghantuk kepala dan muka mangsa pada tembok pagar rumah sehingga menyebabkan muka, mata dan kepala kanak-kanak itu bengkak serta lebam.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 3 petang di sebuah rumah di Bukit Katil di sini pada 2 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau denda maksimum RM50,000.

Sebagai tambahan kepada hukuman tersebut, tertuduh hendaklah menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah dan melaksanakan khidmat masyarakat.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim manakala tertuduh diwakili Peguam. 

Elesabet kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar dan memerintahkan tertuduh menyempurnakan bon untuk berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN