Peruntukkan 15 minit untuk sehari senaman - Tun M - Utusan Malaysia

Peruntukkan 15 minit untuk sehari senaman – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 3 Nov. – Seluruh pejabat kerajaan dan swasta disarankan agar memperuntukkan 15 minit setiap hari pada pukul 11 pagi kepada kakitangan untuk melakukan senaman ringan dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, selepas senaman ringan, kakitangan perlu kembali semula untuk menjalankan tugas masing-masing.

Gimik pelancaran
DR. MAHATHIR Mohamad melakukan gimik pelancaran Kempen Walk 2018 di Oval Lawn Setia City Park, Setia Alam hari ini. – UTUSAN ONLINE/MOHD. SHAHARANI SAIBI
Tun M tinjau gerai pameran
DR. MAHATHIR Mohamad meninjau ke gerai pameran ketika majlis pelancaran Kempen Walk 2018 di Oval Lawn Setia City Park, Setia Alam hari ini. – UTUSAN ONLINE/MOHD. SHAHARANI SAIBI

“Peruntukkan 15 minit pada pukul 11 pagi setiap hari untuk senaman ringan, kalau boleh keluar dari kawasan berhawa dingin, bukan sahaja badan sihat, minda juga akan lebih cerdas,” katanya ketika berucap merasmikan kempen When Active Living Kicks (Walk) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN