Perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail Ahad ini - Utusan Malaysia

Perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan aliran lalu lintas di persimpangan Jalan Sultan Ismail/Jalan P. Ramlee dari arah Jalan Perak bermula pukul 12.01 pagi, Ahad ini.

DBKL dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, kenderaan di Jalan P. Ramlee arah dari Jalan Perak dibenarkan membelok ke kiri dan kanan ke Jalan Sultan Ismail dan terus menghala ke Jalan Raja Chulan mengikut sistem lampu isyarat di persimpangan berkenaan.

“Perubahan ini bertujuan mengurangkan kesesakan pada waktu puncak petang di jalan-jalan utama dalam kawasan pusat bandar terutama di Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan dan Jalan Imbi.

“Pendekatan yang digunakan adalah memperbanyakkan laluan keluar dari kawasan pusat bandar dan memperuntukkan lebih banyak lorong lalu lintas bagi menambah kapasiti laluan-laluan keluar dari pusat bandar,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua strategi ini akan melancarkan dan mempercepatkan pergerakan keluar kenderaan dari kawasan pusat bandar pada waktu puncak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN