DALAM kehangatan isu ketuanan Melayu dan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), malam semalam berlangsung satu pertemuan yang cukup signifikan dengan perkembangan mutakhir itu. Ia melibatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama anggota Kabinet dan mengikut laporan Bernama, pertemuan yang turut disertai timbalan-timbalan Menteri Pakatan Harapan itu hanya melibatkan pemimpin Melayu. Dan intipati dalam program di Yayasan Kepemimpinan Perdana selama dua jam itu, Dr. Mahathir…










