KUANTAN 12 Nov. – Perpustakaan Awam negeri di Jalan Kemunting di sini dinamakan sebagai Perpustakaan Sultan Haji Ahmad Shah sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada tahun ini. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda mencadangkan nama tersebut sesuai dengan keperibadian Sultan Ahmad Shah yang disifatkan sebagai ‘ulat buku’. “Saya ingin berkongsi bahawa ayahanda gemar membaca buku dan jika saya menghadap di bilik peraduan…










