KANGAR 16 Nov. – Teka-teki pasukan yang bakal menjadi destinasi Mohd. Badhri Radzi atau Piya meneruskan karier bola sepaknya tahun depan mungkin terungkai dalam sedikit masa lagi apabila bekas pemain The Red Warriors (TRW) itu dikatakan berminat untuk menyertai Perlis. Kemungkinan itu diperkuatkan lagi oleh faktor bahawa pemain tengah itu telah menemui Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) minggu lalu di Kelantan dan disahkan oleh Presidennya Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie. Malah, Ahmad Amizal tanpa berselindung mengakui pihaknya begitu berminat mendapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan itu bagi memperkuatkan skuad Singa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya