LUGANO, Switzerland, 15 Nov. – Tuan rumah Piala Dunia, Qatar mengejutkan Switzerland dalam perlawanan persabahatan terbaik pernah dipamerkan pasukan itu ketika beraksi di gelanggang lawan.
Qatar, berada ranking 96 dunia, mencuri kemenangan melalui Akram Afif yang berjaya meloloskan diri daripada kawalan Yvon Mvogo untuk menjaringkan gol pada minit 86 di hadapan 4,000 penonton.
Pasukan Swiss mendapat peluang beberapa kali melalui Michael Lang dan Christian Fassnacht tetapi gagal mencipta gol.
Qatar, yang tidak pernah bermain di Piala Dunia mencatatkan kemenangan empat daripada lima perlawanan persahabatan termasuk menewaskan Ecuador 4-3 bulan lalu.
“Separuh masa pertama kami bermula buruk, separuh masa kedua lebih baik, tetapi pihak lawan tidak sepatutnya menang,” kata jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic. – REUTERS










