PUTRAJAYA 9 Nov. – Kerajaan akan melakukan reformasi perkhidmatan awam dengan menambah baik segala tadbir urus serta mendukung akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, pembaharuan itu perlu dilakukan bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kecekapan perkhidmatan awam di negara ini. “Reformasi akan dilaksanakan di semua peringkat jawatan selain meningkatkan integriti, menguatkuasakan pengurusan kewangan awam yang berhemah dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. “Selain itu, konsep penyampaian perkhidmatan awam perlu segera berubah bagi menghadapi cabaran yang semakin kompleks seiring dengan perkembangan Industri 4.0,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya