IPOH 13 Nov. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak menyokong penganjuran program Himpunan Kebangkitan Ummah di pekan Kampung Gajah, Pasir Salak pada Sabtu ini.
Ketua Penerangan Perkasa Perak, Mohd. Safian Sauri Pandak Abd. Samad berkata, pihaknya
menyokong sebarang usaha yang membawa kepada pengukuhan orang Melayu Islam tanpa mengira politik dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Muktahir ini kedudukan Islam, Melayu, raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan sedang hebat diganggu gugat dari segenap penjuru.
“Perhimpunan seperti ini amat alu-alukan dan Perkasa Perak berharap program sebegini dapat
diteruskan secara konsisten dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka hadir dan berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di pekan Kampung Gajah bermula pada pukul 8 malam Sabtu ini. – UTUSAN ONLINE










