Perintah berkurung di ESSzone dilanjut hingga 27 November - Utusan Malaysia

Perintah berkurung di ESSzone dilanjut hingga 27 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dilanjutkan hingga 27 November, berkuatkuasa mulai hari ini dari pukul 6 petang hingga 6 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran dan mereka yang tinggal di kawasan itu diminta berada di dalam rumah dalam tempoh tersebut.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara pukul 6 petang hingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan.

Katanya, perintah berkurung berkenaan juga adalah bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan ESSZone. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN