Perdana Menteri ketuai delegasi negara ke Sidang Kemuncak ASEAN - Utusan Malaysia

Perdana Menteri ketuai delegasi negara ke Sidang Kemuncak ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Nov. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Singapura yang bermula esok sehingga Khamis ini.

Menurut Kementerian Luar, beliau bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali akan diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ignatius Darell Leiking; pegawai-pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri; Kementerian Luar dan MITI.

“Tema kepengerusian ASEAN oleh Singapura iaitu “Resilient and Innovative ASEAN” secara keseluruhannya menggambarkan visi ASEAN untuk terus bersatu padu dalam menghadapi situasi global yang tidak menentu.

“Sidang kemuncak tersebut akan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin ASEAN untuk bertukar pandangan mengenai hala tuju ASEAN dan hubungan luarnya serta isu-isu serantau dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, Perdana Menteri dan pemimpin ASEAN lain juga akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga; Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN Campur Satu dengan Australia, Amerika Syarikat, China, India, Jepun, Korea dan Rusia.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN