SINGAPURA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh alma mater, National University of Singapore (NUS), semasa beliau melakukan lawatan rasmi ke republik ini mulai Selasa ini. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata, Mahathir akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke negara ini atas jemputan Perdana Menteri. Lee Hsien Loong. Majlis pengurniaan ijazah itu akan diadakan pada hari kedua lawatan…










