Percaturan Cheng Hoe di Hanoi - Utusan Malaysia

Percaturan Cheng Hoe di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe (gambar kecil) mendedahkan, beliau telah bersedia mengambil risiko untuk menurunkan Mohamadou Sumareh jika penyerang Pahang itu mampu membantu pasukan negara mencatatkan keputusan positif pada aksi menentang Vietnam di Hanoi esok.

Sumareh terlepas aksi ketika skuad kebangsaan mene­waskan Laos 3-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Isnin lalu gara-gara di­timpa masalah kecedera­an hamstring.

Para penyokong mengharapkan Sumareh dapat diturunkan bertemu pasukan pilihan, ­ Viet­nam selepas dia menunjukkan persembahan positif ketika menewaskan Kemboja 1-0 pa­da aksi pertama peringkat kumpulan.

Mengulas mengenai peluang Sumareh, Cheng Hoe tidak menolak beliau telah bersedia mengambil risiko itu jika perlu memandangkan kemenangan ke atas Vietnam menjamin pasukan kebangsaan layak ke pusingan separuh akhir.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN