KUALA LUMPUR 2. Nov. – Hari ini akan mencatat sejarah apabila belanjawan persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Belanjawan 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pukul 4 petang. Walaupun harapan rakyat tinggi, itu boleh menjadi satu daripada belanjawan paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan…










