Perbaharui pasport guna MyOnline Pasport - Utusan Malaysia

Perbaharui pasport guna MyOnline Pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Nov. – Orang ramai disarankan memperbaharui pasport mereka menggunakan sistem pembaharuan pasport dalam talian atau MyOnline Pasport yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, MyOnline Pasport kurang mendapat sambutan berikutan ramai yang tidak mengetahui kewujudan kemudahan tersebut.

Mustafar Ali
Mustafar Ali 

Menurutnya, sekiranya permohonan pembaharuan dilakukan secara terus di kaunter, tempoh diambil kurang dari satu jam selepas pembayaran, namun dengan sistem dalam talian mereka boleh mendapatkan pasport tidak sampai 15 minit.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Imigresen di UTC Anggerik Mall di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN