Perak sambut baik jadikan Pangkor bebas cukai - Utusan Malaysia

Perak sambut baik jadikan Pangkor bebas cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 3 Nov. – Perak mengalu-alukan komitmen kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 semalam yang akan merealisasi potensi sebenar pulau peranginan tersebut sebagai antara destinasi pelancongan utama di negara ini.

AHMAD FAIZAL AZUMU
AHMAD FAIZAL AZUMU 

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri amat menyokong langkah proaktif kerajaan Persekutuan bagi membangunkan sektor pelancongan kerana ia selari dengan tumpuan yang diberikan oleh kerajaan negeri.

“Langkah Kerajaan Persekutuan melaksanakan perkongsian 50 peratus hasil kutipan bagi cukai pelancongan yang diterima di setiap negeri adalah tindakan terbaik untuk membantu meningkatkan hasil kerajaan negeri. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, pengenalan geran sepadan sebanyak RM100 juta kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa amat dialu-alukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, pihaknya juga amat menyambut baik cadangan kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) bagi lapangan terbang yang pertama seumpamanya di dunia.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan perancangan kerajaan negeri untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Perak serta menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bagi menarik kehadiran lebih banyak pelancong sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini