PUTRAJAYA – Bermula tahun depan, bentuk pentaksiran bagi murid tahun satu, dua dan tiga (Tahap Satu) akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran dan tidak lagi berorientasikan peperiksaan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dalam satu kenyataan semalam berkata, pentaksiran alternatif itu merujuk kepada pelbagai aktiviti selain peperiksaan untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran murid.
Beliau menjelaskan, pentaksiran alternatif dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio, pameran dan kuiz.
“Pentaksiran ini selaras dengan kaedah pembelajaran abad ke-21 yang berteraskan elemen kolaborasi, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritikal dan nilai,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










