KEMENANGAN penyanyi bersuara lantang, Noryn Aziz pada malam akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bagaikan sudah dijangka. Melunaskan lagu tugasan duet bersama penyanyi undangan, Awi Rafael menerusi lagu Laskar Pelangi, wanita seperti setapak maju berbanding lima finalis lain. Bersepuh listrik vokal bertenaga, penghayatan luar biasa dan kawalan pentas mempesona, pemilik nama sebenar Norazmahwati Abd. Aziz terus mencengkam jiwa khalayak ketika pusingan battle menyanyikan lagu Where Is The Love. Setiap butir perkataan lagu dendangan asal The Black Eyed Peas yang dilontarkannya menjemput sorakan gemuruh penonton. Tidak kurang, memberi riak wajah gembira…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya