Penyokong Rafizi buat 3 laporan polis - Utusan Malaysia

Penyokong Rafizi buat 3 laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 10 Nov. – Satu lagi insiden kekecohan berlaku semasa pemilihan PKR Sarawak iaitu membabitkan cabang Petra Jaya apabila penyokong Rafizi Ramli tidak berpuas hati selepas arahan dikeluarkan agar proses pemilihan di cabang terbabit yang sepatutnya diadakan hari ini ditunda pada esok.

Tindakan itu menyebabkan calon bagi Ketua Cabang Petra Jaya, Iswardy Morni, ‘hilang sabar’ dan akan membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Tiga, pada jam 2 petang ini, bagi memastikan siasatan dilakukan berikutan tindakan penukaran hari mengundi pada saat akhir.

Turut membuat laporan berhubung insiden sama ialah dua pengundi dari kumpulan yang menyokong Rafizi.

Laporan polis itu dibuat ke atas Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPP) dan JPP Sarawak.

Menurut Iswardy, pemilihan PKR di Sarawak sepatutnya berlangsung selama sehari sahaja iaitu pada hari ini, namun pada saat akhir, JPP mengarahkan pemilihan dibuat masing-masing pada hari ini dan esok.

“Perubahan tarikh pemilihan termasuk cabang Petra Jaya itu pula dibuat kurang 24 jam seperti dijadualkan sebelum ini.

“Ia menyebabkan ramai pengundi yang tidak sedar pertukaran tarikh itu datang ke pusat pemilihan di Dewan Seri Liny di Jalan Haji Taha di sini pada pagi tadi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan polis sebentar tadi.

Iswardy berkata, pihaknya percaya wujud campur tangan pihak atasan PKR berhubung perubahan tarikh pemilihan pada saat-saat akhir itu bertujuan mensabotaj sokongan terhadap Rafizi.

Sehubungan itu, katanya, selain membuat laporan polis, beliau akan membuat satu lagi laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Isnin ini, memohan agar siasatan dilakukan jika berlaku penyelewengan atau salah guna kuasa dalam pemilihan kali ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN