JAKARTA 3 Nov. – Operasi pencarian rangka pesawat dan sebahagian lagi kotak hitam pesawat Lion Air telah mengorbankan seorang penyelam awam yang dilaporkan mengalami peningkatan gelembung nitrogen dalam badan ketika melakukan selaman atau ‘decompression sickness’. Menurut media Indonesia, mangsa, Syachrul Anto, 48, seorang penyelam dari Indonesia Diving Rescue Team, dikejarkan ke Hospital Koja, Jakarta pukul 10 malam tadi kerana tidak sedarkan diri selepas melakukan selaman di perairan Tanjung Karawang. Agensi…










