Penunggang wanita maut dilanggar bas sekolah - Utusan Malaysia

Penunggang wanita maut dilanggar bas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah di Kilometer 43, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini. 

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, Rohaniyah Ab. Razak, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian sejurus kemalangan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda secara berseorangan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa yang sedang masuk simpang kanan telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah bas.

“Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu lelaki berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN