Penunggang motosikal maut dilanggar lori - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori di Lebuh Raya MRR2 menghala ke Cheras petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Herman Mardja, 63 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego maut di lokasi kejadian setelah mengalami kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dipercayai menunggang motosikal secara mencelah-celah di antara kenderaan di lebuh raya berkenaan.

“Semasa kemalangan terjadi, mangsa cuba untuk mengelak sebuah kenderaan namun terjatuh yang menyebabkan sebuah lori sampah jenis Isuzu yang berada di kanan mangsa tidak sempat mengelak dan memperlahankan kenderaan.

“Ekoran daripada itu, lori berkenaan telah terlanggar badan mangsa yang seterusnya menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kejadian di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN