KUALA LUMPUR 4 Sept.- Pentaksiran alternatif akan menggantikan peperiksaan formal bagi murid Tahap Satu Tahun 1,2 dan 3 di semua sekolah rendah bermula tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr. Amin Senin berkata, bentuk pentaksiran itu akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan tidak lagi memberi penekanan kepada peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan. Menurut Dr. Amin, pentaksiran alternatif sesuai dimulakan pada Tahap Satu sekolah rendah kerana pertumbuhan murid…









