Penoreh getah maut motosikal berkuasa tinggi langgar pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Penoreh getah maut motosikal berkuasa tinggi langgar pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK – Seorang penoreh getah maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX-R750 yang ditunggangnya melanggar sebuah kenderaan lasak pacuan empat roda di Kilometer 23 Jalan Gerik-Pengkalan Hulu di Kampung Plang di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Zaini Chan, 35, yang berasal dari Kampung Banggol Sekawan di sini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Plang.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux tersebut sedang dalam perjalan dari arah simpang Madrasah Islahuddin menuju ke Gerik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang menunggal motosikal berkuasa tinggi itu pula dalam perjalanan dari Gerik ke Pengkalan Hulu.

“Tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah melanggar bahagian belakang kanan kenderaan itu yang baru keluar dari simpang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini sebentar tadi.

kemalangan
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.

 

Tambah Ismail, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Plang sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.

“Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Gerik untuk proses bedah siasat.

“Pemandu Toyota Hilux pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN