Penoreh getah dituduh edar, miliki kanabis - Utusan Malaysia

Penoreh getah dituduh edar, miliki kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA – Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis kanabis di Kuala Nerang dekat sini bulan lalu.

Tertuduh, Abdul Ghani Md. Khamis, 43, mengangguk faham atas pertuduhan mengedar 1038.48 gram kanabis namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd. Hadi Hakimi Harun.

Sementara bagi pertuduhan memiliki 20.56 gram kanabis, Abdul Ghani mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Bapa kepada tiga orang anak itu didakwa melakukan perbuatan mengedar dadah di belakang bilik air berhampiran sebuah rumah di Jalan Perik, Kampung Paya Terap dalam Mukim Kurong Hitam, Kuala Nerang kira-kira pukul 2.30 petang, 29 Oktober lalu.

Tertuduh bagi pertuduhan memiliki dadah pula didakwa melakukan kesalahan itu di rumah tersebut pada masa dan tarikh yang sama.

Tertuduh yang diwakili peguam G. Shanmugam tidak ditawarkan sebarang jaminan.
Mahkamah menetapkan 22 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN