PORT DICKSON – Terdapat penjawat awam wanita mangsa keganasan di tempat kerja enggan melaporkan kejadian itu kerana bimbang tindakan itu boleh menjejaskan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan penilaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mereka. Perkara itu didedahkan Setiausaha Kewangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Razali Singah yang menambah, jumlah kes keganasan terhadap wanita di tempat kerja agak membimbangkan dan boleh menjadi lebih serius sekiranya tiada inisiatif diambil untuk mengatasinya. “Sebagai contoh, gangguan seksual, gangguan libatkan bos, rakan sekerja dan…










