Penjawat awam nikmati bonus hujung tahun - Utusan Malaysia

Penjawat awam nikmati bonus hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 9 Nov. – Kerajaan negeri mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri ini.

CHOW KON YEOW
CHOW KON YEOW 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bayaran berkenaan melibatkan peruntukan RM5.23 juta yang akan memberi manfaat 3,915 orang penjawat awam.

Ujarnya, kerajaan negeri juga akan memberi bonus sebanyak RM300 kepada 1,590 penyelia dan guru Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) , 270 orang guru Sekolah Agama Rakyat (SAR), 182 guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) serta 572 orang guru dan petugas Sekolah Persendirian Cina.

“Seramai 240 guru tahfiz, guru pondok dan guru di Tadika Islam pula akan menerima RM200 seorang dengan melibatkan pembayaran keseluruhan berjumlah RM832,000,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN