Penjawat awam diminta sertai PH? - Utusan Malaysia

Penjawat awam diminta sertai PH?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Benarkah dakwaan kononnya penjawat awam diminta menyokong Pakatan Harapan (PH) dengan menyertai parti-parti dalam gabungan itu?

Sekiranya enggan berbuat demikian, mereka boleh hilang mata pencarian.

Dakwaan itu ditimbulkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN – Bagan Datuk) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pembangkang itu memberitahu, penjawat-penjawat awam yang berkhidmat bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) serta agensi-agensi lain telah diminta mengisi borang menjadi ahli.

“Sebagai negara demokrasi, biarlah mereka menentukan di manakah hala tuju sokongan asalkan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik di jabatan-jabatan diamanahkan,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×